28 June 2008


Ummi...Ummi..Ummi..

mmi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x

Lega sekali hati ku ini pabila aku bertemu dan berborak dengan beberapa teman aku yang sering menasihatiku….walaupun aku dan dia baru kenal , tetapi cara dia mendekatiku amatlah ku kagumi..tidak kiralah pertemuan kami di dpn mata ataupun melalui ym…dia amat memberikan makna dan erti kehidupan. Ada seorang temanku yang baru sahaja aku kenali nya, walaupun aku sering bertemu dengan nya…tp jarang aku membincangkan hal-hal yang bersifat kepada nasihat. Tetapi….kelmarin…secara tidak sengaja ku bertemu dengannya di suatu kawasan yang agak jauh dari rumah dan berkehendak kepada ku untuk peulang sekalian dengannya kerumah masing-masing yang hanya berjiran.

Pertemuan ku kelmarin membuahkan rasa sesalan dengan apa yang telah lama menapak di memori ku dan ingin ku hapuskan semua sesalan yang telah belaku dan memasukkan simcard baru….moga ku akan menjalani line yang baru dengan signal yang lebih terang dengan mendapat rahmat dan redhomu ya Allah…. Temanku itu menceritakan tentang kisahnya yang amat sedih ketika beliau sedang merangkak dewasa. Menjalani hidup yang serba Dhoif, dicaci dan dihina oleh masyarakat kampong nya sendiri. Hidupnya yang memerlukan kepada ketabahan dan kesabaran yang tinggi dan kini teman ku telah Berjaya ke menara gading kejayaan untuk diri sendiri dan untuk keluarga yang tercinta.

Kisah beliau ku potretkan untuk diriku sendiri dan diri sapa sahaja yang membaca tentang perihal hidup manusia yang hanya mengutamakan wang ringgit dan meminggirkan ilmu agama. Sejak kecil temanku dilahirkan didalam keluarga yang dikatakan dhoif. Kasi pagi makan pagi, teman ku yang dibesarkan dengan keluarga sebegitu sentiasa mengutamakan redho Allah dari redho manusia. Dari kecil menonton perihal ayah yang keluar rumah seawal 4 pagi membonceng ikan untuk dijual di pasar . menunggu pulangnya ayah dan telihat luka dibadan atas sebab jatuh ketika membawa ikan yang berat. Teman ku sentiasa teringat jalur-jalur susahnya kehidupan beliau. Usai pulang dari sekolah, mengambil upah orang kampong untuk mencuci pinggan, mencuci rumah untuk mendpat kan rzqi yang halal untu diberikan separuh buat ibunya dirumah. Walaupun susah hidup nya tetapi pelajaran tidak pernah dilupakan. Sehingga usai sek. Men agama. Beliau melanjutkan ke kolej dalam bidang agama dan mendpt wang pinjaman. Dengan wang pinjaman itu la beliau menampung keluarga beliau sendiri selepas ayahnya kembali menemui Allah Yang Esa ketika beliau sedang kuliah. Setiap kali pengeluaran wang bulanan dari pinjaman itu sentiasa dia utamakan utk ibunya.

Kini temanku sudah Berjaya. Dan bergelar seorang ustaz yang dipandaang tinggi oleh masyarakt kmpungnya yang dulu sering menghina dan memperlekehkan nya. Hidupnya dulu yang susah menjadikan dia kini seorang yang sedar akan siapa dirinya. Dulu dia tidak berwang dan tidak berilmu. kini sebaliknya. Setiap kali tazkirah diberikan di masjid kampong itu, beliau akan menyentuh tntg kisah hidupnya secara tidak terang didpan org kampungnya sehingga menitiskan air mata beliau. Berkat Doa ibu lah yang mmbuatkan beliau sentiasa dipayungi rahmat Allah.

1 comment:

mohad said...

salam... apa khabar sekarang..