28 June 2008



Arrif Nafsaka lil musyahidin…..

aku teringat kata-kata guru ku….ustaz yahya yang merupakan bekas salah seorang Ustaz yang dari orang asia yang pernah mengajar di Masjid Haram…dan kata-kata itu memberi maksud “perkenalkan diri kamu dengan sebenar-benar kesaksian”….kata-kata ini diungkapkan oleh berliau ketika beliau mula-mula mengajar ku dan beliau meminta tiap-tiap murid nya mentaarufkan diri masing-masing selepas dia menyebutkan perkataan diatas

Beliau Seorang yang ku kagumi, warak, siqqoh, dan banyak lagi sifat beliau yang ku kagumi. Beliau di taklifkan untuk mengajar matapelajaran Ahwal assyakhsiah dari kitab Al-usrah wa Ahkamuha fi tasyri’il Islam. Kita ini menerangkan tentang hokum hakam nikah kahwin, bermula dari bab Khitbah(tunang) sampailah ke bab terakhir iaitu bab Iddah bagi seorang perempuan..walau aku blajar kitab ini…tp tidak sempat habis…kekadang aku belajar hanya untuk mencukupkan Muqarrar yang sudah ditetapkan.

Herm…Ramai lagi ustaz-ustazku yang akan kukagumi mereka hingga ke akhir hayat…ustaz Ahmad Abdullah Andunisi, Dr Abdul Aziz Hanafi, Dr Abdullah, UStaz Ahmad Ali, dan ramai lagi. walaupun aku menuntut ilmu dari mereka tp tidak semau ku teladani dan kupraktisi. Aku sedar itu, tp aku hanya insane biasa yang cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri. Kekadang aku rasa bersalah dengan diri aku yang blajar agama tapi akhlak dan tingkahlaku tidak mencerminkan pelajar agama.Moga Allah bukakan hatiku untuk mempraktikkan apa yang ada didada ku

…Amin…

No comments: