23 May 2008


Persahabatan...

Ulama dan dan sastrawan telah berbicara tentang persahabatan sebagai sebuah faktor yang dapat membahagiakan manusia dalam hidupnya. Sebab persahabatan tida dapat dihindari oleh manusia, karena manusia adalah makhluk social.

Ulama yang sering menjelaskan tentang persahabatan adalah Abu Hasan Al-Bashri dalam kitabnya Adabuddunya Waddin. Beliau berkata “sesungguhnya faktor persahabatan ada lima

perkara iaitu :

  1. agama
  2. nasab
  3. hubungan perkahwinan
  4. kasih saying
  5. kebaikan

Beliau berbicara tentang persahabatan yang diceritakan oleh Al-Kindi dengan perkataannya “ Sahabat adalah manusia yang ia adalah kamu, namun ia bukan dirimu”.Beliau menyarankan untuk pandai-pandai memilih teman.

Dalam hal ini Uday bin Zaid berkata
: janganlah bertanya tentang seseorang, namun bertanyalah tentang temannya
:
seseorang akan mengikuti perbuatan temannya
: jika engkau berada dalam satu kaum, maka bertemanlah dengan orang pilihan mereka
: dan janganlah berteman dengan yang paling jelek sehingga engkau menjadi jelek bersama orang yang jelek.

Sahabat dipilih karena memiliki otak yang pintar atau mempunyai agama kuat mengajak kearah kebaikan atau karena ia berakhlak baik.

Wallahu A'lam

08 May 2008



Perjalanan ke Hydrabad...( II )

kami diarah turun oleh kenit tiket keretapi tu di suatu stesen yang hanya mengmbil masa 5 minit untuk di tukar ke gerabak yang sepatutnya kami duduki, setelah siap kami berkumpul tibala waktu keretapi, terjunlah kami dengan keadaan beg yang berat dan daratan yang penuh dengan batu-batu landasan, masyaAllah mmg susah dan ketika itu aku dapat rasakan yang kaki aku sudah terseliuh, tidak ada masa untuk berpikir mengenai sakit yang fikir cuma aku perlu cepat lari ke gerabak depan dalam masa 5 minit. tapi rancangan kami nampaknya tersasar kerana memang nya carl lewis pun x dpt kejar kerana keadaan dan persekitaran dan beg yang berat perlu kami galasi...

sedang kami berlari tiba-tiba keretapi mula bergerak dengan perlahan-lahan, ketika itu kami agak kaget kerana adakah kami sempat dan apa yang perlu kami lakukan, jadi ra'is safar kami membuat keputusan dan menjerit sambil menguruh kami bergantung di pintu-pintu keretapi tersebut yang sebelum kami terlepas keretapi tersebut.malangnya tiap-tiap pintu yang kami gantung itu tidak dapat dibuka kerana ianya di kunci dari dalam. huhh. setelah 30 saat bergantung di pintu keretapi kami dapt rasakan keretapi ini semakin bergerak laju dan laju lagi. maka ra'is safar menguruh kami terjun dari keretapi yang sedang bergerak itu, mana mungkin kami akan terus berada di pintu gerabak tersbut sedangkan baki berjalanan kami masih jauh..

maka kami pun terjun beramai-ramai hinggakan berguling-guling di atas batu yang besar-besar..setelah semua terjun dan kami berkumpul di suatu tempat yang bertemankan cahaya bulan dan desiran padang pasir,memang di tegah padang pasir la ... terfikir sejenak di minda kurasa kayaknya aku ni sedang melakonkan iklan malboro atau dunhill yang ala cowboy hidup di kawasan padang pasir.huhuh..

dikawasan tu terdapat jalan utama yang menghubungkan antara utara dan selatan pakistan. setelah sejam menunggu di tepi jaln tiba-tiba terdapat sebuah bas melalui jalan tersebut dan kami menanykan pada pemandu bas bagaimana kamu mau pergi ke hydrabad yang tidak jauh dari bandar karachi tu dia memberitahu untuk ke karachi memang tidak ada bas waktu sekarang..tetapi dia bisa menghantar kami ke sebuah pekan cowboy dan disana terdapat bas yang membawa penumpang ke hydrabad dan dia bisa menumpangkan kami ke pekan cowboy tersebut( maaf sy sudah lupa nama pkn tersbut ) mengambil masa 2 jam berjalan kekita tu jam 11 mlm ..

setelah smpai disitu kami bermalam di stesen bas di pkn cowboy. keesokkan kami jam 4 ptg kami berangkt dengan bas express. alhamdulillah..moga aku dapat sampai ke destinasi dengan selamat .. walaupun berbagai ujian di dalam bas tersbut dengan rosaknya aircond, udah la time musim panas di tambah dengan bas yang tak ada aircond disamping bas tersbut yg sentiasa mengambil penumpang di tepi2 jalan utk memenuhi ruang tengah bas hingga ada budak tersbut terpaksa tidur di kaki aku, hati aku mmg tidak snggup merelakan perbuatan tersbut dan aku terpaksa tidak degan keadaan kaki bersila selama 14 jam...huhu.. aku terima segala ujian yang Allah berikan pada aku moga aku dpt bersabar dengan semua ini...Amin

pasni akn ku ceritakan pengalaman aku bermuqayyam bersamaa student medic n engineering dari bumi palentine dan jinsiah (warga) lain dan semangat yang tertanam dalam tubuh diorang yang kusaksikan dengan mata kepalaku sendiri...wassalam..