13 August 2008



Ramadhanku Kali Ini


Allahumma Baarikillah fi Syahri Ramadhan ( Ya Allah berkatilah Ramadhanku kali ini” Ramadhan menjelang tidak lama lagi, aku masih seperti aku dahulu, tidak mahu berubah biarlah berkarung2 nasihat telah diberikan oleh sahabat, teman serta rakan seperjuang. Kenapakah aku tidak tergerak lagi untuk berubah kepada takok yang lebih baik lagi. aku rindukan kehidupan pengajian aku ketika belajar Maudoodi Institut…belajar di suasana yang tenang, jauh dari maksiat dan macam-macam lagi yang bisa mengganggu fikiran dewasa ku. Kerana itu sentiasa terngiang-ngiang di benakku.. “imad bila kau nak berubah X 20” aku memang mendambakan perubahan pada diri aku.


Sudah 26 tahun aku tidur dengan cara ku tersendiri, kekadang aku cuba meniru akhlak-akhlak ustaz yang ku kagumi tapi tidak menjadi ini mungkin kerana kekuatan diriku tidak seutuh beliau yang lebih mengutamakan Hak Allah dari segala-galanya. Belajar menghormati, belajar berdikari dan macam-macam telah ku pelajari tapi aku tetap seperti dahulu. Ku mohon kepada diriku sendiri ku mengharapkan perubahan pada diri dan akhlakku untuk ke berdepan dengan masyarakat yang serba mencabar serta dapat mengharungi hidupku sebagai muslim yang sentiasa berada di landasan iman, taqwa, dan ihsan.


Tiada yang ku inginkan melainkn keredhaan Mu ya Allh..jika ku terlewat untuk mengingatimu sedarkanlah aku moga hari-hariku yang mendatang akan diterangi dengan sinar keinsafan dan memperoleh tempat disisi mu… Amin…

2 comments:

Sang Kidal said...

bila ramadhan tiba aku suka dengar lagi raihan + manbai..

mohad said...

salam... tak nak join gath ke..