23 January 2008

Perjalanan ke haidarabad...

aku dan beberapa sahabat dipelawa untuk menyertai muqoyyam di selatan pakistan...iaitu di haidrabat, karachi. anjuran Muslim student union of pakistan yang berpusat di Islamabad

perkenalan aku dengan exco-exco muslim student union adalah dari kenalan kami orang palestin nama nya apa ntah...lupa aku...ketika itu aku adalah pelajar di bawah tajaan jamiat islami of pakistan yang belajar di maudoodi international islamic institute di lahore yang mengikuti kursus bahasa arab anjuran diorang untuk foriegner yang belajar di univ sekitar bandar lahore. Disitu lah bermula perkenalan dengan mereka yang berlainan bangsa, kebanyakan mereka dari negara sudan iaitu ethopia, yaman dan paletine dan kebanyakan mereka mengambil bidang medic dan kejuruteraan.

aku,syed, n abu....seramai 35 org student malaysia yang ada situ ..kami dipilih oleh persatuan untuk mengikuti program tersebut yang di sponsor oleh muslim student union of lahore...totally.

selain itu, 3 orang tajikistan, seorang indonesia, thailand 2 orang,seorang kazakstan dan beberapa orang ethopia.

dan tibalah masa untuk berangkat. perjalanan kami bermula sesudah solat asar dan berkumpul di dpn institute then bertolak dengan van ke stesen keretapi. urusan pembelian tiket ditaklifkan kepada budak-budak tajikistan. setelah sampai di stesen keretapi kami telah mencari kawasan untuk meletak beg-beg kami. setelah sejam menunggu ..maka datanglah keretapi yang akan membawa kami...aku rasa keretapi yang aku naik ni hampir 17 gerabak saling berpaut diantara satu sama lain..dan aku dan sahabat yang lain mengikut salam (budak tajikistan yg membuat urusan tiket) dan kami ditempat kan gerabak yang agak mewah dan dilengkap dengan sleeper. aku berasa hairan jika di anggarkan harga tiket dengan tempat yang kami duduk adalah jauh kerana beza.sebab kamu beli tiket utk class C iaitu kerusi yang tidak ada aircond or kipas.

tapi kami di tempatkan di bahagian sleeper dan di sediakn kipas. dalam pada masa yang sama tempat kami duduki tidak dihuni oleh sesiapa. jadi kamu rasakan kami telah bernasib baik kerana beli tiket murah tp boleh duduk tempat mahal.

utk pengetahuan, perjalanan kami dari lahore hingga ke haidarabat ( karachi ) memakan masa 24 jam or lebih dan sejauh 1000 km lebih. di dalam kereta api kami berborak dan merasakan diri agak seronok oleh kerana mendapat tempat duduk yang selesa. sebenarnya jangkauan kami meleset sama sekali

stelah 12 jam berlalu hampir 500 km telah kamu lewati, dari jendela aku lihat cuma padang pasir yang luas yang diterangi cahaya bulan. ketika sedang nyenyak tidur aku dikejutkan oleh pengawal keselamatan yang memeriksa tiket. setelah diperiksa tiket aku dan sahabat2 disuruh turun dengan segera , untuk berpindah ke gerabak class C iaitu gerabak 14 ketika itu kami berada di gerabak no 6 ...hampir 80 meter perlu kami kejar untuk smpai ke gerabak itu ..setelah bertengkar hampir 20 minit ...kamu diberi pilihan untuk turun setelah keretapi berenti di suatu tempat untuk mengambil penumpang tp hanya 5 minit sahaja kereta api berhenti ...

kami bingung....apa yang akan terjadi sekarang dan skrg kami berada di tengah2 padang pasir huhu....dalam DIBIBIR aku cuma menuturkan ALLAH ....ALLAH... ( smbg lagi.nnti nk g somewhere...)

22 January 2008

usai solat maghrib...ni lah first time aku menulis hal diri aku..aku pun tak penah fikir nak menulis semua benda ni...moga apa yang aku tulis akan memberi manfaat pada diri aku insyaAllah pada orang lain...

hari ini genap 500 hari aku brada di jmbi...satu hal yg aku x penah plan lansung dalam kepala otak aku nk dtg ngaji kt sini...yg aku impikan ngaji di mesir..tp manusia punya rancangan...Pencipta juga punya rancangan, sebiak-baik rancangan yg tidak punya cacat celanya sudah tentu Sang Pencipta..

kt sini aku dpt rasakan...tmpt yg paling aman di indonesia...rakyat nya yg ramah tamah jiran yg sentiasa mengambil berat termasuk cewek2 dan rakan sekuliah..walaupun keadaan disini tidak lah secantik kg aku...tp bersyukur la...aku tenang disini..aku dpt berkenalan dgn teman2 indonesia amat baik pada aku..

selama 500 hari ni...aku dapat kutip asam garam,usuk asam,perit riuh yang ada di bumi jambi ni...perihal soper sang oplet, kenit yang hanya meneriakkan suaranya untuk mencari seribu hingga dua ribu perak...biasa la kalau berada di tempat orang kita perlu berbahasa mereka agar kita tidak mudah ditipu...

kelebihan masyarakat indonesia adalah mereka ini pintar berpidato, aku terpegun mendengar teman aku bercakap ketika membentangkan makalah maddah al-fatawa, pembentangannya amat menarik minat aku lantang,tersusun dengan kata-kata yang jitu dan kalau kita lihat pada pakaiannya yang persis bukan mahasiswa pengajian islam. hadiri kuliah dengan bercelana paras lutut,subang di telinga, rantai di leher...

betul lah apa yang di katakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab R.A mafhumnya" lihat lah apa dia cakapkan dan jangan la kamu lihat siapa yg cakapkan" dari apa yang diungkapkan oleh Sahabat Nabi tadi menerangkan tentang tanggapan kita terhadap kawan kita yang mana kita hanya mengenalnya dari penampilannya sahaja dan sudah menafsirkan hal-hal yang tidak baik tentang teman tersebut,cuba kita selami, dalami, rapati teman tersebut agar kita bisa mempelajari sesautu yang baik darinya dan bisa untuk menasihatinya disamping menasihati diri kita sendiri

setakat ini dulu untuk malam ini..sesuatu yang cacat dan cela itu adalah berasal dari diri aku yang hina ini dan yang meliputi kemuliaan, kesempurnaan adalah Milik Allah S.W.T

Sedikit untuk renungan bersama...
Hadis Rasulullah S.A.W " Seseorang itu dinilai berdasarkan tuntutan teman dekatnya. oleh karena itu, hendaklah seseorang di antara kalian memperhatikan siapa yang akan dijadikan teman dekatnya"






Ulama Berbicara hal Muhasabah Diri...

Hasan Al-Basri; Sesungguhnya orang mukmin adalah pemimpin atas drinya, bermuhasabah atas dirinya untuk Allah semata, sementara hisab ketika Hari Kiamat akan jadi ringan bagi mereka yang sering bermuhasabah ketika di dunia, sedangkan hisap akan menjadi sangat berat terhadap mereka yang melalaikannye..

Wahab bin Munabbih; Iman adalah pemimpin, amal adalah pemandunya, sedangkn jiwa adalah penumpang, jika sang pemimpin lemah maka kenderaan akan terjerumus, si sopir akan ikut lemah dan kehilangan kendali, jika sopirnya lemah maka orang-orang akan cemas dan tidak mungkin patuh kepada pemimpinnya, namun jika keduanya saling bersinergi dapat dipastikan, kenderaan akan berjalan lurus dan lancar, penumpang akan merasa berani dan legah, patuh kepada pemimpin..

RENUNGLAH SHBT KU....

20 January 2008

Ada Apa Dgn Smbahyang

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Belajar dah tinggi,
hidup menjadi senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,
Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok game Chelsea,
layari internet aku sanggup dari pagi sampai petang,
Beli tiket konsert,
bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur aku bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!