25 June 2008


ViVa ForeVEr

Alhamdulilah bersyukur skali aku hari ni krna masih dipinjamkan nafas dari Nya…..Hari ni terasa sgt2 nak berkalam cerita dgn diri sendiri ..entah kenapa …rasa berat untuk menulis…tp teringin sgt untuk baca cerita sendiri..hurm..


Teringat aku kembali tarikh keramat dlm hidup aku yang hanya tercipta pada tanggal 19 juni 2008 moga tarikh ini akan senantiasa segar dlm zihni ku. Yang ku risau karana kebiasaan aku sering lupa tarikh penting dalam hidup aku. Tarikh lahir emak, ayah, apa saja yg perlu aku ingt …tp aku tak ingat kuharapkan tarikh ini yang ku rasa amat penting bagi aku dan moga Allah bisa membantuku kuatkan kembali ingataku Amin. Pentingnya tarikh ini karena telah lama aku bersusah payah untuk mengejar satu kejayaan yang diinginkan oleh ibu dan ayahku…


kuTerleka sejenak mengenangkan urusan disini sungguh merepotkan aku sepanjang kuliah di IAIN, mungkin inilah Ujian Allah untuk hamba nya, untuk melihat betapa sedikit kudrat hambaNya. Bukanlah Dia hanya mengharapkan kita beribadah pada saja tp Dia juga mengesa kita supaya penuhi idup kita dengan dengan sesuatu pekerjaan yang mengajarkan kita erti kesabaran dan ketekunan, moga pengalaman yg kukutip bersama anak-anak malaysia Indonesia disini ku jadikan pengajaran, amik yang cun dan tauk yg belemoih


Viva, itulah kata emma maria teman aku yang baru usai Master nya di ukm . yang mana bermaksud persidangan thesis. Entah betul atau tidak maksud nya ..MUnaqoshah dalm bahasa arab. Ku rasakan getaran kuku ibu jari sebelum bersidang tidak terkata. Aku dikelilingi bersama tiga penguji iaitu Dr Haris, Drs Ibnu Katsir dan Pak Yusuf M.A..golongan cerdik pandai yg menjawat jawatan dosen dan bekas pembantu rector di Iain. Tidak lah mudah seperti yang difikirkan untuk menjawab soalan yg diajukan kerana mereka benar-benar arif dan bijaksana. Getaran hati aku membuatkanku sentiasa melingkari bibirku dengan selawat Nariyyah yaitu Pesanan dr Dr. Aziz Hanafi kepada ku sebelum datang menuntut ilmu di Indonesia. Kata nya, selawaat ini lah yang menjadi penguat beliau mengharapkan pertolongan Allah ketika beliau hendak membentangkan thesis PHD nya ketika di Universiti Islam tertua di Dunia yaitu University Al-Azhar Mesir. Dan beliau merupakan pelajar terbaik dengan memperoleh Syaraful Ula yaitu Kepujian KELAS PERTAMA.


Alhamdulillah ku usaikan viva ku dengan pointer yang agak memuaskan aku kalau dilihat dri hasil kerja aku. Aku harapkan niatku untuk melanjutkan pelajaran ku selepas ini tidak terbantut dengan masalah-masalah ataupun ujian-ujian dariNya. Dan moga ia menjadi penguatku untuk mengejar dan menuntut ilmuMu Ya Allah..Amin Ya Rabb

1 comment:

Unknown said...

hiiiiiiiiiiiiiiiii

you are fantastic!!!

a kiss for you, my dear friend!

god bless u dear

can we exchange our link

r u ready to do?