Perjalanan ke haidarabad...
aku dan beberapa sahabat dipelawa untuk menyertai muqoyyam di selatan pakistan...iaitu di haidrabat, karachi. anjuran Muslim student union of pakistan yang berpusat di Islamabad
perkenalan aku dengan exco-exco muslim student union adalah dari kenalan kami orang palestin nama nya apa ntah...lupa aku...ketika itu aku adalah pelajar di bawah tajaan jamiat islami of pakistan yang belajar di maudoodi international islamic institute di lahore yang mengikuti kursus bahasa arab anjuran diorang untuk foriegner yang belajar di univ sekitar bandar lahore. Disitu lah bermula perkenalan dengan mereka yang berlainan bangsa, kebanyakan mereka dari negara sudan iaitu ethopia, yaman dan paletine dan kebanyakan mereka mengambil bidang medic dan kejuruteraan.
aku,syed, n abu....seramai 35 org student malaysia yang ada situ ..kami dipilih oleh persatuan untuk mengikuti program tersebut yang di sponsor oleh muslim student union of lahore...totally.
selain itu, 3 orang tajikistan, seorang indonesia, thailand 2 orang,seorang kazakstan dan beberapa orang ethopia.
dan tibalah masa untuk berangkat. perjalanan kami bermula sesudah solat asar dan berkumpul di dpn institute then bertolak dengan van ke stesen keretapi. urusan pembelian tiket ditaklifkan kepada budak-budak tajikistan. setelah sampai di stesen keretapi kami telah mencari kawasan untuk meletak beg-beg kami. setelah sejam menunggu ..maka datanglah keretapi yang akan membawa kami...aku rasa keretapi yang aku naik ni hampir 17 gerabak saling berpaut diantara satu sama lain..dan aku dan sahabat yang lain mengikut salam (budak tajikistan yg membuat urusan tiket) dan kami ditempat kan gerabak yang agak mewah dan dilengkap dengan sleeper. aku berasa hairan jika di anggarkan harga tiket dengan tempat yang kami duduk adalah jauh kerana beza.sebab kamu beli tiket utk class C iaitu kerusi yang tidak ada aircond or kipas.
tapi kami di tempatkan di bahagian sleeper dan di sediakn kipas. dalam pada masa yang sama tempat kami duduki tidak dihuni oleh sesiapa. jadi kamu rasakan kami telah bernasib baik kerana beli tiket murah tp boleh duduk tempat mahal.
utk pengetahuan, perjalanan kami dari lahore hingga ke haidarabat ( karachi ) memakan masa 24 jam or lebih dan sejauh 1000 km lebih. di dalam kereta api kami berborak dan merasakan diri agak seronok oleh kerana mendapat tempat duduk yang selesa. sebenarnya jangkauan kami meleset sama sekali
stelah 12 jam berlalu hampir 500 km telah kamu lewati, dari jendela aku lihat cuma padang pasir yang luas yang diterangi cahaya bulan. ketika sedang nyenyak tidur aku dikejutkan oleh pengawal keselamatan yang memeriksa tiket. setelah diperiksa tiket aku dan sahabat2 disuruh turun dengan segera , untuk berpindah ke gerabak class C iaitu gerabak 14 ketika itu kami berada di gerabak no 6 ...hampir 80 meter perlu kami kejar untuk smpai ke gerabak itu ..setelah bertengkar hampir 20 minit ...kamu diberi pilihan untuk turun setelah keretapi berenti di suatu tempat untuk mengambil penumpang tp hanya 5 minit sahaja kereta api berhenti ...
kami bingung....apa yang akan terjadi sekarang dan skrg kami berada di tengah2 padang pasir huhu....dalam DIBIBIR aku cuma menuturkan ALLAH ....ALLAH... ( smbg lagi.nnti nk g somewhere...)
23 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment